Your shopping cart is empty!

Close
Welcome visitor you can login or create an account.
Archives

Blog

Posted by on May 26, 2014 .

BERPANTANG DENGAN CARA YANG BETUL SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Bagi Ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak, di sini kami ingin berkongsi sedikit tips yang berguna dan perlu diamalkan oleh para ibu di luar sana cara-cara berpantang dengan betul dan paling berkesan.

Jom sama-sama kita meneliti adakah cara berpantang kita betul atau sebaliknya. Selamat mempraktikkannya dan selamat berpantang!!!

Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela...

Posted by in Maternity Articles on May 24, 2014 .

Sememangnya wanita yang pertama kali hamil akan mengalami kekeliruan untuk mengetahui sama ada kesakitan yang dialami ialah kontraksi sebenar atau palsu.

Jadi, ketahui ciri-ciri kontraksi yang tulen agar anda tidak tertipu.

  • Pengecutan otot rahim akan bergerak daripada bahagian atas rahim hingga ke bahagian bawah rahim.
  • Kesakitan mungkin boleh bermula daripada bahagian bawah belakang dan bergerak ke hadapan perut mahupun sebaliknya.
  • Ada segelintir wanita hamil menganggap kesakitan yang dialami adalah sama seperti sakit senggugut ketika haid.
  • Jika anda berjalan, sakit akan terasa lebih kuat.
  • Tempoh kontraksi boleh...

Posted by in Maternity Articles on May 24, 2014 .

 

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat...

Posted by in Maternity Articles on May 23, 2014 .

Kepentingan merancang kehamilan

Sekiranya mereka berpeluang merancang keluarga, ia menjadi pengurusan kekeluargaan lebih baik dan menyumbang kepada mutu kehidupan yang positif. Mitos dan persepsi mengenai teknik kontrasepsi seperti penggunaan pil dan sistem intrauterine sudah ketinggalan zaman. Dengan kepelbagaian pilihan penggunaan alat pencegah kehamilan kini, wanita berpeluang membuat pilihan yang manakah sesuai dengan keadaan diri mereka.

Kaedah kontrasepsi memudahkan wanita, selamat diamalkan, mampu dimiliki dan ia memberi manfaat bukan saja bertujuan mencegah kehamilan, sebaliknya banyak manfaat kesihatan berkaitan boleh...

Posted by in Breastfeeding Articles on May 23, 2014 .

 “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.

Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya...

Posted by in Breastfeeding Articles on May 22, 2014 .

Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya. 

Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi. 

Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut...

Posted by in Babies & Kids Articles on May 22, 2014 .

Semua ibu bapa mengimpikan anak yang bijak. Sebenarnya tips berikut memang anda lakukan setiap hari. Namun, mungkin anda tidak memikirkan bahawa ia dapat merangsang minda anak secara positif.

1. Bertentangan Mata
Setiap saat anda melakukan aktiviti ini. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah mama dan papa dia awal usia dan wajah anda berdualah yang paling dikenalinya.Setiap kali kecil merenung anda, dia sebenarnya sedang membina memori dalam minda. Selain itu, bercakap sambil merenung matanya membuatkan anak tahu fungsi mata sebenarnya untuk melihat.

Posted by in Maternity Articles on May 22, 2014 .

 

Minggu 1

Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
 
Minggu 2
 
Bayi Anda
Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.
 
Minggu 3
 
Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
 
Minggu 4
 
Bayi Anda
Bentuk asas seorang manusia mula...