Your shopping cart is empty!

Close
Welcome visitor you can login or create an account.

About Us

Butik mumDreams® yang dulunya dikenali sebagai Butik-myDreams mula diasaskan pada tahun 2007 oleh seorang usahawan Muslimah yang juga merupakan seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata. Bermula sebagai gedung pakaian yang menghimpunkan pelbagai koleksi untuk ibu hamil, kini mumDreams® telah mengorak langkah dengan mereka dan menghasilkan sendiri koleksi mumDreams® yang terdiri daripada pakaian untuk ibu hamil dan ibu menyusu terutama koleksi buat ibu-ibu Muslimah. 

Dengan membawa nama ’mumDreams’ iaitu impian setiap ibu, Butik mumDreams® meneruskan langkahnya dengan menyediakan pelbagai pilihan produk keibuan seawal ibu disahkan hamil ! Dari produk untuk kesihatan bayi, pakaian bayi, lampin kain moden sehinggalah persediaan perkakasan untuk proses penyusuan susu ibu seperti pam payudara, beg penyusuan, buku serta makanan tambahan untuk meningkat kuantiti susu, semuanya terdapat di Butik mumDreams®. Pelbagai rangkaian set bersalin juga boleh diperolehi di Butik mumDreams® . Pendek kata, anda tidak perlu ke sana sini untuk menyediakan kelengkapan menanti saat kelahiran bayi anda. 

Butik mumDreams® yang merupakan butik hentian setempat untuk IBU HAMIL dan IBU MENYUSUKAN BAYIini boleh didapati secara online melalui laman web www.mumdreams.com.my atau melalui laman sosial http://facebook.com/mumdreams atau http://twitter.com/mumdreams atau dengan berkunjung sendiri ke premis-premis kami di  :
 

Cawangan Utama (Bangi):
31 & 33 G-1, Jalan Medan PB1A, 
Seksyen 9, Pusat Bandar Bangi, 
43650 Bangi, Selangor
 
TEL : (03) 8926-1658
SMS : (013) 224-6692


Waktu Operasi :

Isnin - Sabtu
10 am - 9 pm
Ahad/Cuti Umum
10 am - 6 pm

Cawangan Kelantan :
 PT 672, Jalan Kuala Krai, 
Wakaf Che Yeh, 
15100 Kota Bharu, Kelantan.

TEL : (09) 748-6345 
SMS : (014) 824-5983


Waktu Operasi :

Setiap hari
10 am - 7 pm